7/22/09
TentanG AkU @ AlL AbouT Me
\AbouT Me
Aku secara ringkasnya ialah seorang lelaki normal yang serba serbi biasa, menpunyai bentuk fizikal bandan dan ketinggian yang biasa,rupa paras yang biasa, style yang biasa biasa, corak pergaulan dan pemikiran yang biasa dan pendek kata kalau ternampak aku kat mana mana pun, orang akan berkata biasa je.
Tapi itu pendapat aku "TentanG AkU"
"ApA KatA OranG AkU TaK TahU"
Aku suka akan sesuatu yang baru, suka mencuba itu dan ini tapi akhirnya aku akan tertumpu pada benda yang sama dan yang aku lebih suka. Benda yang banyak hubung kait dengan seni.
Apa yang aku paling suka ialah MuziK, dengar MuziK , main MuziK tak pandai tapi apa saja tentang MuziK aku suka. Mungkin sebab aku suka mendengar lagu. Dari kecil aku dah expose dengan MuziK, collection piring hitam Mama, masa tu ada yang macam betuk tape recorder pun ada, apa kenamanya aku pun tak ingat "Cartrege" kot.
Dari mendengar aku merasa. Dan setiap rasa itu akan aku abadikan dalam bentuk satu cerita yang berlainan dan akhirnya aku luahkan dalam perkataan.
Itu aku.
Aku tak suka lasak bila beriadah, aku sukakan LauT.
Aku selalu teringatkan LauT, rindukan LauT, bau LauT,angin LauT dan segalanya tenntang LauT dari permukaan sampailah kedasarnya.
Mungkin aku pernah membesar dikawasan yang dikelilingi LauT dan kapal kapal besar membuatkan aku biasa dengan LauT. Aku anak seorang "TenterA LauT" yang menghabiskan sepertiga kehidupan aku mendekati LauT, menpelajari LauT dan memahami LauT.
Aku biasa dengan LauT dan adakalanya aku rasa LauT pun biasa dengan aku.
"TapI AkU AkuI YanG AkU MasiH TaK MemahamI LauT WalaupuN AkU BiasA DengaN LauT"
Berenang, menyelam dan menjadi beberapa perkara routine dizaman kecil aku.
Ingat lagi bila pertama kali Papa hantar aku dan adik belajar berenang, aku langsung tak takut air dan terus terjun kedalam Pool orang dewasa dan berenang dengan cara tersendiri asalkan terapung dan bergerak. Coach yang mengajar aku dan adik pada masa tu tu kata pada Papa yang aku sukakan air. Sehari masuk kelas aku dah master teknik berenang sepenuhnya.Bila dah minat belajar apapun senang.
Masa zaman sekolah aku banyak menghabiskan activity dengan sukan air dan aku puas dengan pencapaian antara aku dan air.Pernah terdetik dihati aku nak jadi penerjun papan anjal yang berjaya.Tapi tak ada siapa pun yang nampak minat aku pada masa tu termasuklah Papa.
Itu Aku.
Minat aku pada MuziK membuatkan aku suka menyayi,aku langsung tak takut memyanyi depan orang ramai, seawal usia 9 tahun aku dah mula menanyi dalam majlis sekolah.
Aku tak nak cerita sangat tentang minat nyayian aku ni, malu.
Tapi aku memang dikenali boleh menyayi cuma tak pernah terlintas lansung nak jadi penyanyi atau masuk pertandingan menyayi, sekali lagi tak ada yang namapak arah kecenderungan minat aku itu, termasuk keluarga.
Mungkin pada masa itu mereka lebih mementingkan pelajaran dan kerjaya terbaik bukan minat yang pada asasnya akan mendorong untuk menjadi yang terbaik walau dalam apa bidang yang dipilih sekalipun.
Tapi sekarang kalau disuruh menyanyi depan orang ramai aku malu.
Tapi kalau kat karoke microphoe tu aku yang punya! hahaha.
Itu Aku.
Aku secara dasarnya mudah dirapati dan merapati.Tapi sebenarnya aku tak mudah dimiliki tapi mudah memiliki. Aku hanya suka siapa yang aku suka walau aku tahu yang aku mudah disukai. Tapi tak bermakna aku sombong dan terlalu memilih bila berkawan.Aku cuma lebih selesa begini. Mungkin kerana cara didikan kelaurga yang megizinkan aku bergaul dengan sesiapapun dari umur setahun jagung tapi membataskan pergaulan sekiranaya salah atau tidak sesuai pada pandangan mereka.Jadi bila dari kecil dan kenal pelbagai ragam manusia bila dah besar agak mudah untuk memilih jalan sendiri.Mungkin itu cara didikan keluarga aku dalam mematangkan aku.
Aku mudah disayangi kawan tapi cuma tak mudah untuk sayang semua kawan.
Tapi bila aku mula sayang kawan, sayang aku pada kawan melebihi segalanya dan sampai bila bila aku sayang
...........sampai kumenutup mata.........lagu AchA terdengar.
Tapi lagu tu sedih sangat untuk dijadikan soundtrack "Tentang AkU" ni.
Itu Aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Same story, different actors, another set on a distinct time..
diferente...
sungguhpun memilih mcm ironwall, tetap gak terpilih, tersayang org yg xsepatut nya kan..
kan........
nape Siq kata sama story , different actors? cita sape yang sam eh...nak tau gak ni...
Tersayang org yang tak sepatutnya slalu.never learnd!!!!
hurm...
Menarik...
aku rasa kau bukan biasa.
Replayer..Terima kasih kerana sudi baca :)
k.A...Makasih ya......tapi aku juga buka luar biasa :)
Post a Comment