7/21/09

TentanG KawaN @ MicheaL



AbouT MikE.
Back in Denmark Hill, London.

Masa mula mula meniti hari di England, aku tinggal dengan Mike kat
Denmark Hill,
SW 5,London.
Dekat sangat dengan King's College,Medic School,jalan kaki je.
Tapi tu bukan sekolah yang aku pergi.

Hari hari yang aku lalui disini penuh dengan tanggungjawab dan activities.
Dalam mengejar impian untuk sebuah kejayaan bukannya mudah. Bila becakap memang senang, tapi bila membuatnya baru tahu apa itu susah. Namun demi segalanya aku teruskan juga.

Micheal,mamat omputih yang hidupnya penuh dengan activities.
Penat gak melayan sebenarnya, tapi kami serumah , so kena gak layan.Kami mudah berkawan,walau berlainan agama, budaya tapi kami sekepala dalam banyak hal.
Kira boleh "give and take" la.

Jiran sebelah pulak "CouplE" yang sangat comel dan sangat baik.
Steve & Martin.
Steve the Interior Designer and Martin the Househusband...ops!!

Antara activities yang aku & Mike slalu buat ialah tengok Theatre.
Almost every weekend mesti tengok.
Aku secara peribadi lebih berminat dgn modern dance show @ Sadler's Wells, The dance house for London.
English Natinal Ballet pu aku suka jugak.
Tapi Mike ni lain sikit, dia suka clasicall @ The Royal Opera Covent Garden.
Banyak kisah zaman "ToK AdaM BritisH" yang adakalanya aku kena buat homework dulu sebelum nak gi tengok.sebab nanti takut kurang faham atau terus tak faham.
Banyak gak yang aku dah tengok termasuk Cats, La boheme,The Nutcracker...5x melampau..huhhu, Daphne,Tosca,La traviata,Ciderella dan banyak lagi kalau nak ditulis semuanya.

Honestly, Aku masih lagi berjiwa melayu :)
Cuma aku teruja dengan kebudayaan barat yang sebegini dan atas sebab itu jugalah aku memilih England. The lifestyle suits what i need pada masa tu.
Dan itu ialah serba sedikit tentang Mike kawan aku.

Bila malam, Mike selalunya tido awal.
Aku pulak selalu tido lewat, rajin keluar malam, mana lagi kalau tak ke town jumpa kengkawans.
Masa tu aku tak banyak kawan dengan student Malaysia, lebih rapat dengan student dari Indonesia and Thailand. Mungkin sebab aku bukan student "TerpiliH" yang dihantar sambung belajar. Aku belajar apa yang aku nak belajar. Tapi bila dah lama kat sana tu,baru la ramai kawan "MalaysiaN". Tapi masih boleh dikira dengan jari, Aku rather pilih kawan, biarla apa orang nak kata.
Aku rasa semua orang macam tu.

Bukan selalu pun, bebila terasa nak keluar atau bosan melayan Mike...hahaha..ops sorry dude :P
Bila dak abis seisi melepak , aku selalunya balik rumah, aku tak balik rumah orang kecuali rumah sendiri. Lagipun aku tak nak kawan aku Mike risau. Bila berkawan kadang tu kita mungkin tak perasan yang ada kawan ambil berat tentang kita cuma jenis yang tak reti berkata kata atau menegur, jadi kita kena sedar lah :)
Aku tahu Mike macam tu."ThankS MikE FoR BeinG My GreaT BuddY"

Kalau siang bila takde class, aku banyak meghabiskan masa kat libray,pegi gym and most of the time aku suka tengok exhibitions kat Victoria and Albert Museum.
Aku ada membership kat situ.
Aku suka dengan decorative arts,sculpture, paintings, prints and photographs.
Lagi satu tempat aku suka lepak ialah Tate Modern untuk activities yang sama.
Dan suka melayan jiwa lara kat park depan rumah je tapi tu during summer.
Keluar minum dengan kawans pun selalu jugak, most of my best buddies tgl kat London so senang la nak jumpa.

Aku suka sibukkan diri sebab aku cuba nak kurangkan ingatan aku pada "TentanG SahabaT" yang aku langsung takde buat plan bila nak ke Bath jumpa, call atau cari dia.
Aku pun tak pasti kenapa aku berfikiran begitu. Mungkin betul kata pepatah melayu "BilA DekaT TapI JauH"

Lagi pasal Mike.
Dia kawan yang baik,sangat memahami aku yang selalu mengong ni,Mike rajin memamasak, tapi pemalas nak kemas, pemalas dalam banyak perkara yang melibatkatkan subject mengemas ni.
Sape lagi kalau bukan aku dan aku yang akan buat kerja kerja mengemas, nasib la subject mengemas ni bukan satu beban atau additonal bagi aku sebab by nature aku pembersih dan suka mengemas.

Nasib aku la dapat Housemate macam Mike.

P/s: Tu Lah Rumah Aku & Mike kat Denmark Hill.London

To Be ContinuE...

4 comments:

Hanya Aku Sorang said...

so sweet.. ;)

SiddiQ said...

kewl =) from uitm to england.. me kinda curious on the plot masa.. blajar apa and berape lama nk study??

well, maybe i should for the next post to understand =) wonderPet lagi.. =)

BoY@BellO said...

Khai..Yang sweet harus dikenang kan..awak pekabar :)

BoY@BellO said...

Siq...
haha kenala sabar menanti cerita selanjutnya..mana boleh straight forward..

Btw..plot masa tak penting..dah terlalu lama..hahahah......plot cerita yang patut faham :)